Penyanyi Abdullah Umar Joseph atau lebih dikenali sebagai Cliff Umar, 42 mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dadah berjenis heroin, pada Khamis.
Pertuduhan yang disabit pada Ahad lalu itu, dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana yang mendakwa Pemenang Gegar Vaganza 7 itu memiliki heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pada pukul 3.30 petang, 26 Mei lalu sebelum beliau mengaku bersalah.
Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran memohon tarikh baharu untuk sebutan laporan kimia dan mencadangkan jaminan berjumlah RM6,000.
Manakala Peguam yang mewakili Cliff Umar, Sallehuddin Salam membuat rayuan bagi memohon jaminan rendah memandangkan tertuduh tidak mempunyai pendapatan yang menentu dan menanggung isteri serta empat anak yang masih bersekolah.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan berjumlah RM3,300 dengan seorang penjamin serta tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan pada 31 Julai depan.
Mengikut akta kesalahan, Cliff disabit melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama.
Baca juga: