China perkenal hospital AI pertama di dunia, berupaya rawat sehingga 3,000 pesakit sehari

Sekumpulan penyelidik China memperkenalkan hospital kepintaran buatan (AI) pertama di dunia yang dijangka berupaya merawat sehingga 3,000 pesakit sehari, lapor akhbar The Sun UK pada Rabu.

Digelar sebagai ‘Hospital Ejen’, kemudahan maya itu berpotensi menyelamatkan nyawa berjuta-juta orang melalui interaksi autonominya.

Penyelidik dari Universiti Tsinghua di Beijing berkata, hospital AI itu akan mula beroperasi pada separuh kedua tahun ini.

Menurut ketua pasukan penyelidik hospital tersebut, Liu Yang, doktor-doktor robot AI boleh merawat sehingga 10,000 pesakit dalam masa beberapa hari.

Dengan rawatan merangkumi penyakit pernafasan utama, kalangan profesional perubatan maya itu dapat mensimulasikan keseluruhan proses mendiagnosis dan merawat pesakit terma­suk rundingan, pemeriksaan, diagnosis, rawatan dan proses susulan.

Buat masa ini, konfigurasi 14 doktor dan empat jururawat AI bersedia untuk menangani permintaan pesakit.

Kesemua doktor AI itu dibangunkan untuk mendiagnosis penyakit dan merumuskan pelan rawatan terperinci, manakala empat jururawat memberi tumpuan kepada sokongan harian. – Agensi

https://malaysiabangkit.com/2024/03/06/aplikasi-agata-bantu-tingkatkan-tahap-kesihatan-berteraskan-ai

Anda Mungkin Berminat