Lelaki maut selepas bertembung treler di Felda

Seorang lelaki maut apabila keretanya bertembung dengan treler di Felda Belara, Kuala Nerus, Terengganu pada pagi Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu memaklumkan menerima panggilan berkenaan kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan berjenis proton Satria dan trellar jenis Nissan Eno kira-kira pada pukul 1.24 pagi tadi.

“Pemandu treler tersebut mengalami kecederaan dan telah dihantar ke klinik oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Manakala pemandu Proton Satria tersebut tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan bertugas.

“Mangsa dikeluarkan oleh anggota menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujar JBPM menerusi satu kenyataan di Facebook.

Seramai 13 orang anggota diketuai oleh PBK I (KUP) Faizal Abu Bakar bergegas ke tempat kejadian menaiki jentera W/Tander, EMRS dan Triton sejurus mendapat laporan.

Baca juga :