Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) bakal melaksanakan 3 projek mitigasi banjir jangka pendek di Kampung Changkat Dain, Kampung Besar dan Kampung Sepulau.
Menurut EXCO Negeri Pulau Pinang (Infrastruktur, Pengangkutan & Digital) Zairil Khir Johari, anggaran kos projek tersebut memerlukan sekitar RM600,000.
“Ketiga-tiga projek ini akan bermula pada penghujung bulan Jun 2024 dan akan mengambil masa selama 3 bulan untuk dilaksanakan.
“Kerja-kerja Menaiktaraf Tebing Sungai Baong dan Kerja-kerja Berkaitan di Kampung Changkat Dain telah menerima peruntukkan sebanyak RM200,000 bagi pelaksanaan kerja mendalamkan laluan sungai yang sempit (bottleneck) sepanjang 1.0kilometer dan pembinaan struktur tempok penahan (Gabion) bagi penstabilan tebing sungai sepanjang 120.0 meter.
“Manakala Kerja-kerja Menaiktaraf Tebing Sungai Buaya dan Kerja-kerja Berkaitan di Kampung Besar pula menerima peruntukkan sebanyak RM200,000 bagi kerja mendalamkan laluan sungai yang sempit (bottleneck) sepanjang 1.0km dan pembinaan struktur tembok penahan (Gabion) bagi penstabilan tebing sungai di sepanjang 120.0m.
“Kerja-kerja Menaiktaraf Tebing Sungai Junjung dan Kerja-kerja Berkaitan di Kampung Sepulau turut menerima sebanyak RM200,000 bagi kerja-kerja mendalamkan laluan sungai yang sempit sepanjang 1.0km.
“Sekaligus bagi pembinaan struktur tembok penahan (Gabion) untuk penstabilan tebing sungai di sepanjang 90.0m dan dan tembok penahan sand bag sepanjang 40.0m,”ujarnya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Turut dilaporkan, Kerajaan Persekutuan melalui JPS Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM 246,500,000.00 melalui dua buah projek tebatan banjir iaitu Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi dan Projek Tebatan Banjir Sungai Kechil.
Terdahulu, Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek, Timbalan Ketua 1 Negeri Pulau Pinang, YB Datuk Dr.Mohamad Abdul Hamid, Ahli-Ahli Majlis MBSP Ngoh Cheng Hai, Heng Yeh Shiuan , Timbalan Pengarah JPSPP dan Jurutera Daerah JPS SPS turut hadir ke sesi sidang media pada pagi Ahad.
Baca juga: