Kewujudan kontena yang berpangkalan di Israel, Zim di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri,Johor terima aduan dan menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan penduduk sekitar, pada Sabtu.
Memetik laporan Buletin TV3, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad mengatakan beliau terkejut apabila menerima aduan dari penduduk tempatan yang mendakwa pelabuhan berkenaan masih menerima masuk kontena yang dibawa dari Israel walaupun sudah dilarang.
“Saya menerima aduan minggu lepas memaklumkan sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, didakwa masih menerima masuk kontena-kontena dari sebuah syarikat perkapalan Israel.
“Isu ini sudah menjadi buah mulut penduduk sekitar pelabuhan berkenaan yang kurang senang dan resah apabila mengenangkan penderitaan rakyat Palestin yang sehingga kini bertarung nyawa apabila tanah air mereka bukan sahaja dirampas malah Zionis berterusan membunuh individu tidak berdosa termasuk kanak-kanak di sana.
“Saya sendiri sudah membuat aduan kepada Kerajaan Negeri Johor bagi memaklumkan apa yang terjadi di kawasan Kota Iskandar ini pada Jumaat dan mengharapkan pihak kerajaan dapat memberi penjelasan mengenai perkara tersebut” ujarnya.
Terdahulu, kerajaan dilaporkan tegas dengan pendirian tidak akan membenarkan mana-mana syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel untuk berlabuh di negara ini pada 7 Mei lalu.
Kenyataan itu dibuat susulan laporan sebuah portal sebelum ini yang mendakwa kapal kargo milik syarikat Israel dikesan berlepas dari Malaysia, hujung April lalu.
Baca juga :