Hiburan

Anwar hulurkan sumbangan buat S. Amin Shahab

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada karyawan negara, Syed Mohd Amin Syed Hashim Al Shahab atau S. Amin Shahab yang dilaporkan menghidap masalah jantung baru-baru ini.

Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi telah mewakili beliau menziarahi Amin Shahab di kediamannya pada Selasa.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan kesihatan beliau beransur pulih selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dalam sesi ziarah ini, saudara Farhan turut sampaikan sumbangan bagi pihak saya bagi menampung kehidupan harian dan kos perubatan beliau.

“Mendoakan agar saudara S Amin Shahab dikurniakan afiyah dan kekuatan untuk terus berkarya, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebooknya.

S Amin Shahab, merupakan seorang penulis lirik dan pelukis yang cukup dikenali dalam dunia hiburan tanah air, malah beliau telah berjaya menempa nama dalam Malaysian Book of Records kerana menghasilkan lukisan berukuran 1 kilometer.

Karya beliau juga telah berjaya melonjakkan profil artis dan kumpulan muzik, antara lain Alleycats, Flybaits, Headwinds, Wings, Search, Jamal Abdillah, Awie, seniman seperti Allahyarham Sudirman, ‘sifu’ Datuk M Nasir dan biduanita, Datuk Siti Nurhaliza sendiri.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close