Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Damodardas Modi yang memenangi pilihan raya buat kali ketiga berturut-turut.
Kemenangan itu merupakan kemenangan penggal buat Perdana Menteri ke-14 India yang sudah menyandang jawatan tersebut sejak Mei 2014 lagi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Narendra Damodardas Modi kerana memenangi penggal ketiga berturut-turut yang bersejarah.
“Pelaksanaan demokrasi di India sememangnya menakjubkan. Lebih 642 juta orang telah menggunakan hak mereka untuk mengundi sejak 19 April.
“Perdana Menteri Modi telah menyelia penyusunan semula bersejarah ekonomi India, yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat India serta rantau ini pada umumnya. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerja rapat dengan beliau ketika kita menjalin era baharu hubungan antara Malaysia dan India,” menurutnya.
Narendra Modi dipercayai secara rasmi menjadi Perdana Menteri India selepas Suruhanjaya Pilihan Raya memberi pengesahan akhir pada awal pagi tadi bahawa parti-parti yang membentuk gabungan secara kolektif telah melepasi markah majoriti di Parlimen.
Baca juga :