Lebih 180,000 pemandu, penghantar Grab terima tajaan perlindungan secara percuma – KESUMA

Lebih 180,000 rakan pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing dibawah kendalian Grab Malaysia akan menerima manfaat tajaan perlindungan secara percuma hasil kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengatakan tajaan Grab Malaysia tersebut adalah di bawah geran padanan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) menerusi inisiatif Belanjawan 2024.

“90 peratus daripada inisiatif ini ditanggung oleh kerajaan manakala baki sebanyak 10 peratus akan ditaja sepenuhnya oleh pihak Grab Malaysia.

“Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada lebih 180,000 rakan pemandu e-hailing dan rakan penghantar p-hailing yang berdaftar dibawah Grab Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Steven turut menyatakan melalui inisiatif ini, perlindungan percuma akan diberikan kepada mereka yang layak dan berupaya mengurangkan beban mereka dalam mendapatkan perlindungan sebagai sokongan kewangan.

Selain itu, ia juga mampu menjamin keselamatan mereka dan keluarga mereka sekiranya ditimpa bencana sewaktu menjalankan aktiviti pekerjaan.

Tempoh perlindungan ini adalah selama 12 bulan bermula daripada tarikh mereka didaftarkan di bawah inisiatif ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat