Malaysia sambut baik pendekatan Amerika Syarikat dalam konflik Palestin-Israel

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan terhadap pendekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap konflik Palestin dan Israel.

Hal ini demikian berikutan desakan Presiden AS, Joe Biden agar Israel menerima cadangan gencatan senjata sebagai pertukaran pembebasan tebusan.

“Kami mengalu-alukan tanda-tanda awal perubahan dalam pendekatan AS terhadap konflik. Kami berharap AS akan terus menilai.

“Namun, adalah penting untuk memaklumi perkembangan positif ini. Dalam kekangan sistem politik AS pada tahun pilihan raya, Presiden Biden baru-baru ini menyatakan rasa tidak sabar yang semakin meningkat terhadap Perdana Menteri Israel,” katanya.

Anwar berharap penilaian berterusan terhadap AS bagi mengakhiri pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh puak Israel.

Tambah Anwar, Malaysia berpendirian untuk tetap mempertahan keamanan serta mengekalkan hubungan baik dengan AS dan China.

“Malaysia juga tidak memihak kepada mana-mana pihak dan menolak sebarang krisis keganasan.

“Rakyat Palestin hidup dalam keadaan tertindas dan terkepung sementara kita hidup bebas, pengaruh dan kuasa kita yang terhad, tetapi berdaulat dan bebas.

“Malaysia bukan kuasa besar, tetapi jangan silap, kami akan menggunakan kebebasan kami untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk hak mereka,” katanya.

Anwar berkata demikian menerusi ucapannya ketika hadir merasmikan Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-37 di Kuala Lumpur.

Persidangan tersebut dianjurkan oleh badan pemikir Malaysia, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), yang berlangsung selama tiga hari itu turut dihadiri lebih 400 perwakilan dari rantau Asia Pasifik.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat