Bekalan air di kesemua tujuh kawasan terjejas di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya pada pukul 6 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat).
Terdahulu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, ianya adalah disebabkan kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang dilakukan pada 5 Jun lalu.
“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air di kesemua kawasan terjejas di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor and Kuala Selangor.
“Ini berikutan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 5 Jun 2024 (Rabu) telah pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat),” kata Air Selangor menerusi kenyataan di Facebook.
Selain itu, Air Selangor turut mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual itu.
“Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/,” katanya.