JIM pindah 153 warga asing di Sabah

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah melaksanakan Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Siri Ke-10 untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun 2024 ,pada 7 jun 2024.

Program tersebut melibatkan pemindahan tahanan warganegara Indonesia daripada Depot Imigresen Tawau seramai 153 orang dengan kerjasama Konsul Republik Indonesia (KRI) Tawau.

Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Datuk Sh Siti Saleha Habib Yusof pecahan tahanan yang dipindahkan semula ke negara asal secara terus ke Pelabuhan Nunukan , Terminal Turon Taka merangkumi 123 orang tahanan lelaki, 25 tahanan perempuan dan 5 orang kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah.

“Purata umur tahunan adalah dari 6 tahun hingga 66 tahun dan kanak-kanak yang terlibat untuk penghantaran pulang bersama ibu-bapa dan penjaga masing-masing dan proses pemindahan tahanan iringkawal masuk sehingga dalam ferari Purnama Express.

“Kesemua PATI yang ditahan telah disabit dengan beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Hukuman yang dikenakan berdasarkan proses perundangan negara sehingga dibawa ke tindakan pemindahan ke negara asal.

“Kekerapan program pemindahan warganegara Indonesia yang dilaksanakan oleh JIM Sabah tertakluk dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu dan Konsul Republik Indonesia di Tawau dalam mempercepatkan proses dokumentasi seterusnya mengeluarkan dokumen perjalanan (SPLP-Sijil Perjalanan Laksana Paspor),” ujarnya menerusi satu kenyaatan di Facebook.

Operasi Pemindahan ini dipercayai operasi berterusan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri Sabah.

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat