2 maut bas rombongan guru bertembung treler

Dua maut manakala 37 lagi cedera selepas bas ekspres membawa rombongan guru bertembung treler dalam nahas di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau, Rompin, pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Rompin, Nor Azman Yusof, berkata kejadian sekitar 1.30 pagi melibatkan bas membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan.

Katanya, bas itu dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka, bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Menurutnya, seorang guru maut di lokasi kejadian manakala pemandu kedua meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila keadaan gelap di simpang tiga Bahau dan pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar sebuah treler membawa muatan gelung besi sebelum terbalik di cerun jalan,” katanya.

Nor Azman berkata, identiti mangsa meninggal dunia sedang dikenal pasti dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan.

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat