Nasional

Malaysia dan anggota negara D-8 luluskan deklarasi situasi di Gaza

Malaysia bersama Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) telah menyuarakan solidariti terhadap krisis yang berlaku di Gaza, Palestin dengan meluluskan Deklarasi Mesyuarat Tergempar berkaitan situasi di Gaza dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan telah menghadiri Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri D-8 pada Sabtu di Istanbul, Turkiye dan menegaskan pendirian Malaysia di samping menekankan empat perkara utama.

“Emper perkara tersebut termasuk D-8 sebulat suara menyokong pelaksanaan gencatan senjata yang kekal di samping menghentikan dana dan bantuan kepada Israel termasuk kerjasama ekonomi yang menyumbang kepada ketenteraan dan kependudukan haram rejim tersebut.

“Selain itu, D-8 perlu meningkatkan bantuan kemanusiaan dan memastikan bantuan dapat disampaikan dengan selamat tanpa halangan kepada Palestin serta menubuhkan kerjasama di antara D-8 dan Palestin,” katanya dalam kenyataan.

Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat tergempar tersebut adalah sebahagian daripada usaha-usaha jitu negara dalam mengekalkan perjuangan terhadap Palestin.

Dalam pada itu, Mohamad turut turut mengadakan kunjungan hormat atas Menteri Luar Negeri Turkiye, TYT Hakan Fidan untuk bertukar pandangan mengenai kerjasama dua hala yang berkepentingan, khusunya berkenaan isu Gaza.

Dalam perkembangan lain, Mohamad juga akan menyertai Persidangan Peringkat Tinggi ‘Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza’ pada 11 Jun depan di Jordan.

Penyertaan tersebut merupakan jemputan daripada Raja Jordan, Raja Abdullah II, Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close