Mahkamah

Setiausaha syarikat mengaku tidak bersalah beri pernyataan palsu kepada pendaftar syarikat

Setiausaha syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan bagi kesalahan memberi pernyataan palsu kepada pendaftar syarikat.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu kenyataan berkata, mengikut pertuduhan pertama, Loo Hin Lam didakwa memberi maklumat palsu berkaitan Syarikat Borderless Net Resources Sdn Bhd mengenai pelantikan Mohd Aznan Kamarulzaman sebagai pengarah menerusi Borang Seksyen 58 bertarikh 22 Ogos 2017.

“Tertuduh seterusnya didakwa berkaitan maklumat pemindahan satu unit saham kepada Mohd Aznan menerusi Borang Seksyen 51 yang bertarikh 18 September 2017.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh bole dihukum di bawah seksyen dan Aka yang sama iaitu penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Zulkhairi Kamaruzaman dan Nurul Husna Mohd Yusof, manakala tertuduh diwakili oleh peguam A Narainasami.

Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan tarikh 13 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.

Justeru SSM memberi peringatan kepada orang awam untuk memastikan maklumat yang diserah simpan di SSM adalah tepat dan terkini.

Ujarnya, tindakan pendakwaan akan diambil terhadap individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada SSM.

SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka terhadap tanggungjawab serta etika perniagaan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close