Dua wanita dilaporkan maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki mereka terlibat dalam nahas di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands, Ipoh pada Sabtu.
Berikutan kemalangan, seorang lelaki berusia 65 tahun dipercayai pemandu MPV terbabit mengalami cedera parah manakala dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan empat tahun pula dilaporkan cedera.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat diterima pada pukul 11.39 pagi melibatkan MPV dinaiki lima mangsa dan lori muatan tayar.
Menurut beliau, sepasukan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai telah diatur dan bergerak segera ke lokasi kejadian.
“Dua mangsa didapati tersepit dalam kenderaan dan operasi mengeluarkan mereka segera dijalankan.
“Bagaimanapun kedua-dua mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 1.15 tengah hari.
Baca juga: