Seorang warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Kionsom Baru, Tamparuli, Sabah pada Ahad.
Pegawai Bomba Kanan II, Azran Jull berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.02 petang.
“Sebaik menerima panggilan itu, sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Unit Pengesan K9 yang terdiri daripada dua orang anggota dan seekor anjing juga turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat ini,” katanya dalam satu
Mangsa bagaimanapun berjaya dijumpai dengan selamat oleh orang awam pada pukul 4.29 petang.
Difahamkan, mangsa dijumpai dalam jarak satu kilometer dari lokasi yang dilaporkan hilang.
Jelas Azran Jull, mangsa telah diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS BOMBA dan seterusnya dihantar ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Baca juga: