Nasional

8 individu kutip wang parkir tanpa kebenaran ditahan – DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan Tindakan Khas Penjaga Parkir Tanpa Kebenaran (Ops Jaga) sekitar Jalan Kamunting, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kemuja, Jalan Sultan, Jalan Beremi dan Jalan Kampung Pandan Kuala Lumpur pada 9 Jun 2024.

Sehubungan itu, DBKL meneruskan pemantauan, risikan dan tindakan penguatkuasaan di lokasi tumpuan (hotspot) berkaitan dan mendapati individu-individu yang menjaga dan mengutip wang parkir tanpa kebenaran di kawasan awam berkenaan.

Menerusi laman Facebook rasmi DBKL, kawasan yang terlibat dengan kegiatan mengutip wang parkir tanpa kebenaran seperti di bahu jalan, siar kaki, kawasan lapang atau mana-mana petak letak kereta awam sedia ada pada waktu siang dan malam.

“Hasil operasi khas yang dijalankan pada siri kali ini, seramai lapan orang lelaki warga tempatan terdiri tujuh lelaki dan seorang wanita telah ditahan.

“Individu yang ditahan dibawa ke Jabatan Penguatkuasaan untuk tindakan lanjut dan proses dokumentasi (pendakawaan mahkamah/kertas siasatan),” katanya.

Dalam masa sama, hasil keputusan Mahkamah Majistret DBKL semasa sesi pendakwaan pada pagi Isnin, 10 Jun 2024, tiga orang telah dikenakan hukuman penjara 30 hari dan tiga orang telah dijatuhi hukuman denda (RM 500 hingga RM 1,500).

“Tindakan penguatkuasaan dibuat melalui peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 50(3), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Difahamkan, tindakan khas tersebut dijalankan menerusi Pasukan Tindakan Khas, Jabatan Penguatkuasaan.

Justeru itu, pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari dari masa ke semasa di lokasi tumpuan.

Sebarang aduan atau maklumat, orang awam boleh menyalurkan melalui portal ADU@KL di laman sesawang http://adukl.dbkl.gov.my.

Baca lagi:

Related Articles

Check Also
Close