Harimau Malaya dalam misi wajib menang menentang Chinese Taipei

Harimau Malaya dalam misi mencuri mata kemenangan dalam pertembungan menentang pasukan Chinese Taipei dalam kelayakan Piala Dunia 2027 – Piala Asia 2026 pusingan kedua kumpulan D yang dijadualkan pada Selasa.

Pertembungan di Stadium Bukit Jalil pada malam ini , bakal mempengaruhi ranking dunia skuad kebangsaan yang memperoleh keputusan seri ketika menentang Kyrgyzstan dalam kelayakan Kumpulan D 2026 di Bishkek pada Khamis lalu.

Meskipun peluang semakin tipis untuk melayakkan diri, perlawanan malam ini masih bermakna buat anak didik Kim Pan Gon itu dalam mencuri 10.23 mata demi melonjak ke ranking 133 dunia.

Jika seri, ranking dunia pasukan kebangsaan akan kehilangan 2.27 mata dan terjatuh ke tangga 138 dunia. Manakala, jika tewas pula malaysia akan kehilangan 14.77 mata dan turun ke tangga 141.

Ketika ini, Harimau Malaya yang berada di ranking 134 dunia itu mengharapkan Kyrgyzstan tewas menentang Oman, dalam masa yang sama, Malaysia mesti membelasah Taiwan sekurang-kurangnya lima gol sekiranya mahu layak kerana jurang gol yang diperoleh Kyrgyzstan adalah lebih baik daripada Malaysia.

Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya dan juga secara automatik akan ke Piala Asia 2027.

Baca juga: