Jenayah

Kanak-kanak perempuan maut, disyaki dibunuh di Ipoh

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun meninggal dunia disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Malkop, Silibin, Ipoh, Perak kira-kira pukul 9.45 pagi hari Isnin.

Ketua Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menyatakan pihak polis menerima laporan mengenai kes tersebut selepas menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Raja Permasuri Bainun, Ipoh.

“Mangsa telah dibawa ke wad kecemasan zon merah untuk resusitasi sebelum disahkan meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati kesan lebam di seluruh anggota badan dan mangsa disyaki telah dipukul dengan menggunakan objek tumpul,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Selain luka dan lebam pada badan mangsa, Abang Zainal turut melaporkan terdapat kesan koyakan dan lebam pada alat sulit dan dubur mangsa.

Susulan itu, pihak polis IPD Ipoh telah menahan ibu angkat mangsa yang berusia 27 tahun dan lelaki berusia 66 tahun yang merupakan suami kepada ibu angkat mangsa.

“Perintah reman akan dibuat pada Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat,” tambahnya.

Dalam pada itu, pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut untuk tampil memberi keterangan kepada penyiasat kes di IPD Ipoh atau mana-mana balai polis berhampiran.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close