Negeri

KK Sungai Ular dinaik taraf untuk kemudahan penduduk Pahang

Klinik Kesihatan Sungai Ular merupakan sebuah Klinik Desa yang dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan (KK) hasil sumbangan dan kerjasama kerajaan negeri (Majlis Ugama Islam Pahang, MUIP) demi kemudahan penduduk di Pahang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, meluangkan masa mengadakan lawatan ke KK tersebut yang terletak di Mukim Sungai Karang, Kuantan pada Isnin.

KK tersebut turut menyediakan Pusat Bersalin setelah dinaik taraf oleh kerajaan negeri Pahang.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KK Sungai Ular merupakan fasiliti kesihatan pertama yang dilawati beliau dalam lawatannya selama dua hari ke Kuantan, Pahang.

“Kawasan Pengoperasian KK Sungai Ular meliputi bandar Gebeng hingga ke Sungai Bgaging serta meliputi Kampung Sungai Ular, Kampung Sungai Ular Darat, Kampung Sungai Ular Pantai, Kampung Sungai Ular Seberang, Gebeng Batu 20 dan Darat Jering.

“Selain itu, terdapat empat taman perumahan yang turut berada dalam kawasan pengoperasian KK Sungai Ular yang melibatkan seramai 12,339 orang penduduk secara keseluruhannya,” kata kenyataan yang dikeluarkan KKM.

Dalam sehari, purata kedatangan pesakit ke KK tersebut ialah seramai 112 orang menurut data pada tahun 2021.

Selain KK Sungai Ular, fasiliti kesihatan lain yang terdekat ialah Klinik Kesihatan Balok dan Hospital rujukan bagi KK ini adalah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Turut hadir dalam lawatan tersebut, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close