Negeri

Lelaki maut dihempap pokok ketika memotong rumput

Seorang pekerja pembersihan kawasan sekolah maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon, Kota Kinabalu pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa Musri Matali, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi.

Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus digerakkan ke tempat kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa didapati dihempap pokok tumbang ketika melakukan kerja-kerja memotong rumput di lokasi.

“Pasukan operasi terus bertindak memotong dahan pokok berkenaan menggunakan gergaji berantai dan mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya.

Jelasnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.52 pagi.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close