Negeri

2 wanita, seorang lelaki maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS arah selatan

Dua orang wanita dan seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 123.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan Muar, Johor pada pukul 8.23 malam hari Selasa.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pegawai Kanan Bomba II, Jefri Hashim melaporkan terdapat empat orang mangsa yang terlibat menaiki kereta jenis BMW 3 Series tersebut.

“Kesemua mangsa didapati tersepit di dalam kereta tersebut. Pasukan bomba telah bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan kesemua mangsa daripada kenderaan dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Sebaik kesemua mangsa berjaya dikeluarkan, tiga mangsa iaitu dua orang wanita dan seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Di samping itu, seorang lagi mangsa wanita yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mayat mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tersebut melibatkan seramai enam orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh bersama jentera LFRT.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close