Negeri

3 wanita parah, nahas kemalangan di Tapah

Tiga wanita parah manakala tiga lagi cedera setelah kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 329.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Arah Selatan, Tapah, Perak pada awal pagi Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.21 pagi.

Menurutnya, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah telah digegaskan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan RRV dan dua buah motosikal Unit RIM.

Sabarodzi berkata, tiga wanita terbabit didapati mengalami kecederaan parah setelah tersepit di dalam kenderaan Perodua Alza.

“Pasukan Bomba telah bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Manakala, tiga lagi wanita telah keluar daripada kenderaan dengan sendirinya sebelum pihak Bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa turut mengalami kecederaan ringan dan telah diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk di bawa ke hospital.

Difahamkan, pemandu lori didapati terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi telah ditamatkan pada pukul 5.08 pagi.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close