Negeri

APM Sabah nafi lantik individu, syarikat sebagai wakil jabatan

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan pihak yang telah menyalahgunakan logo dan nama APM baru-baru ini.

Menurut kenyataan APM Sabah, didapati sebuah lori telah menggunakan sepanduk (banner) yang mempamerkan logo dan tulisan ‘Pertahanan Awam Malaysia’ semasa mengendalikan kerja-kerja pembersihan di Bukit Bendera (Padang Bandaran – Likas).

“APM Negeri Sabah menafikan adanya sebarang usahasama dari agensi untuk melantik mana-mana individu atau syarikat sebagai wakil jabatan bagi menguruskan kerja-kerja yang berkaitan.

“Dalam masa sama, APM juga ingin menegaskan bahawa penganjur tidak pernah memohon kebenaran untuk menggunakan logo dan nama APM,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan pada Rabu.

Selain itu, ia boleh dianggap melakukan kesalahan jika menggunakan secara salah logo dan nama agensi pada barang-barang atau perkhidmatan yang digunakan dalam apa jua iklan, tanda, katalog, surat serta dokumen perniagaan yang berkaitan tanpa persetujuan agensi.

Dalam pada itu, APM Negeri Sabah menasihati agar masyarakat sentiasa peka dan berhati-hati dengan sebarang penipuan yang kini berleluasa.

Jelasnya, kenyataan tersebut dibuat agar dapat melindungi masyarakat dan organisasi supaya tidak mudah terpedaya dengan sebaran bentuk penipuan di lapangan dan di semua jenis platform sosial media mahupun secara dalam talian.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close