JenayahNasional

‘Henti buat spekulasi terhadap anak guam saya’- Peguam ibu Zayn Rayyan

Kedua-dua peguam yang mewakili ibu kepada arwah Zayn Rayyan, telah mengemukakan bantahan kepada permohonan pihak polis yang merekodkan pengakuan anak guam mereka di Mahkamah Majistret 2, Petaling Jaya pada Rabu.

Dua peguam terbabit, Mahmud Abdul Jumaat dan Fahmi Abdul Moin berkata, bantahan berkenaan dikemukakan atas dasar polis cuba menggunakan akta yang kurang relevan di bawah Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan Akta Keterangan bagi prosiding tersebut.

Sehubungan itu, mereka menekankan bahawa pihak pegawai penyiasat tidak memberikan sebarang notis kepada mereka selaku peguam terhadap prosiding yang dilakukan secara tertutup itu.

“Jadi bantahan pertama yang direkodkan (di hadapan majistret), mahkamah sedia maklum bahawa kami tidak dimaklumkan. Dan juga atas sebab tiada peruntukan khusus yang diberikan.

“Kami tegaskan ia adalah prejudis sama ada terhadap Isma dan Zaim yang merupakan ibu bapa kepada Zayn,” jelasnya.

Selain itu, asas bantahan yang dikemukakan merupakan permohonan yang tidak akan menjejaskan sebarang hujah pembelaan sekiranya tertuduh.

Dalam masa sama, Mahmud turut menggesa orang ramai untuk tidak melakukan sebarang spekulasi mengenai anak guamnya serta tidak menyebarkan perkara yang tidak sahih kerana ia bercanggah dengan fakta sebenar yang mampu menjejaskan reputasi anak guamnya.

Difahamkan, Isma merupakan salah seorang suspek yang disyaki dalam kes kematian anaknya dan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk direkodkan pengakuan.

Bagaimanapun, Mahmud berkata, anak guamnya bersetuju untuk hadir dengan tujuan membetulkan pengakuan yang telah dibuat sewaktu dalam tahanan reman baru-baru ini.

Jelas beliau, pada awalnya sewaktu mereka tiba di luar kamar tersebut, pegawai penyiasat berkata, pengakuan akan dilakukan mengikut Seksyen 26 Kanun Tatacara Jenayah.

Untuk rekod, hanya ibu Zayn Rayyan dibawa ke Mahkamah Majistret pada Rabu, manakala bapanya masih dalam tahanan reman.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close