Illy Caffè lancarkan cawangan baru di Hartamas Shopping Centre

Jenama kopi dan kafe yang terkenal di seluruh dunia, illy, terus mengorak langkah penting di Malaysia dengan pelancaran cawangan terkini mereka di Pusat Beli-Belah Hartamas di Kuala Lumpur pada Selasa.

Pengembangan yang berterusan merentasi Asia Tenggara yang bermula di Korea Selatan cukup terkenal dengan kopi yang berkualiti tinggi dan digemari oleh orang Korea Selatan.

Selain itu, illy bertekad mengembangkan cawangan untuk mengukuhkan pengalaman dan bertapak di Malaysia.

Pengarah illy Caffè Malaysia, Filippo Migliuolo berkata, memberi penekanan pada integrasi budaya tempatan dengan pelancaran produk antarabangsa yang baharu seperti ‘Strawberry Kiss’ dapat menyesuaikan citarasa tempatan.

“Kami sangat percaya untuk menyesuaikan citarasa tempatan seiring dengan pertumbuhan kami di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, chef Selebriti terkenal iaitu Anis Nabilah turut hadir sama bagi memeriahkan sesi pelancaran cawangan baru kafe tersebut.

“Dikenali dengan campuran kopi berkualiti premium, saya bersemangat ingin menikmati rasa dan aroma lazat yang hanya illy dapat tawarkan.

“Satu perkara yang saya sangat ternanti-nanti adalah minuman Strawberry Kiss. Campuran unik ini
menggabungkan strawberi tempatan dari Cameron Highlands dengan biji kopi yang diimport dari
luar negara, mencipta gabungan rasa menyeronokkan dengan sentuhan tempatan dan global,” ujarnya.

Lebih menarik lagi, pelancaran tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis dari syarikat rakaman terkemuka iaitu Universal Music Malaysia seperti ALVN, Yonnyboii, Nikira, The Gadys, Killa Driz dan Razzuan Rosli selain, berpeluang mencuba minuman baharu itu.

Untuk info, illy Caffè telahditubuhkan pada tahun 1933 dan berpusat di Trieste, sebuah bandar pelabuhan di Timur Laut Itali, yang mempunyai pengalaman lebih dari 90 tahun.

Menggunakan hanya satu peratus teratas kopi Arabika, jenama ini menggunakan Kopi Arabika Tulen 100 peratus. Sehingga kini, lebih dari tujuh juta cawan illy dinikmati setiap hari di seluruh dunia lebih daripada 140 negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat