Nasional

Kerajaan komited tarik pelabur asing untuk bina kekuatan industri tempatan

Kerajaan kekal komited membina kekuatan industri tempatan, termasuk menerusi usaha menarik pelaburan asing ke dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pernyataan tersebut di samping menkankan keperluan kepada pelabur-pelabur luar untuk mengenal pasti dan menjalin sinergi dengan industri tempatan.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Anugerah Kecemerlangan Industri di Kuala Lumpur, 11 Jun, 2024. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT – SADIQ ASYRAF/Prime Minist

“Pelabur luar seperti Google, Microsoft, NVIDIA dan Infineon perlu menjalinkan sinergi dengan industri tempatan sekiranya mereka mahu melebarkan sayap di Malaysia.

“Selari dengan pelan-pelan yang diluncurkan, kerajaan kini memberi tumpuan kepada menangani kerena birokrasi dengan menerapkan elemen ‘Ease of Doing Business‘,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Anwar turut menyeru para jemaah menteri untuk tidak terlaly selesa dengan peningkatan dan kemajuan membanggakan buat negara sejak akhir-akhir ini.

“Jemaah menteri perlu memperbaiki kelemahan yang ada dengan membandingkan pencapaian kita ketimbang Singapura, Indonesia dan Vietnam yang sedang giat bersaing dengan Malaysia,” ujarnya.

Anwar juga menekankan sekiranya enggan melihat Malaysia terus ketinggalan, maka kelemahan yang ada perlu diatasi menerusi perubahan struktur yang signifikan, seperti memastikan sistem pendidikan negara dapat disesuaikan dengan tuntutan semasa dan akan datang.

“Beberapa universiti cepat menangkap keperluan ini dengan memperkenalkan fakulti kecerdasan buatan (AI) dan usaha ini perlu diteruskan dengan mewujudkan fakulti baharu bagi disiplin industri baharu yang lain.

“Ia juga terkait dengan inisiatif Akademi Dalam Industri (ADI) yang menjadi prakarsa baharu dalam reformasi pasaran buruh dengan menekankan prinsip pembelajaran dalam pekerjaaan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan dalam majlis Anugerah Kecemerlangan Industri 2024 di Kuala Lumpur.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Anugerah Kecemerlangan Industri di Kuala Lumpur, 11 Jun, 2024. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT – SADIQ ASYRAF/Prime Minist

Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close