Sukan

Kim Pan Gon mahu kekal bersama Harimau Malaya

Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengesahkan mahu kekal mengemudi skuad kebangsaan sehingga Piala Asia seterusnya, pada Selasa.

Kenyataan itu dibuat susulan desas-desus yang timbul mengenai status jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bersama skuad kebangsaan.

“Saya mahu kekal di sini tetapi sekiranya ada pihak yang memaksa saya untuk pergi, saya terpaksa pergi. Menjadi Jurulatih buat skuad kebangsaan memang penat tetapi saya dapat membuktikan pasukan negara mampu memberikan saingan.

“Saya tidak pernah terfikir untuk meletakkan jawatan dan jika boleh saya mahu kekal disini sehingga Piala Asia yang seterusnya.

“Jadi keputusan saya adalah untuk tinggal di sini, saya tak pernah kata untuk pergi,” ujarnya ketika sesi sidang media selepas perlawanan Malaysia menentang Chinese Taipei di Stadium Bukit Jalil.

Menurut Pan Gon, kalah menang itu perkara biasa dan beliau mengharapkan dapat memperbaiki permainan dalam perlawanan yang seterusnya.

Dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Chinese Taipei pada Selasa, anak didik Pan Gon telah membuktikan kemampuan mereka apabila membenam Chinese Taipei 3-1.

Bagaimanapun keputusan tersebut tidak mampu memberikan mata buat pasukan negara untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close