Negeri

Lelaki maut kereta terbabas ke dalam longkang

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Kilometer 141.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Seberang Jaya, Pulau Pinang pada malam Selasa.

Pegawai Bomba Kanan II, Shahrul Munawer Tahrin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan pada pukul 11.44 malam.

Jelasnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan iaitu Perodua Bezza dinaiki oleh seorang lelaki berumur 54 tahun.

Mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di tempat memandu akibat daripada pelanggaran tersebut.

“Mangsa yang tersepit di bahagian pemandu telah berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.

“Namun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close