Negeri

Lori bawa bijih besi terbakar di Lebuhraya PLUS

Sebuah lori yang membawa muatan bijih besi terbakar di kilometer 188.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan panggilan berikutan kejadian itu diterima sekitar pukul 2.05 petang tadi.

“Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 2.38 petang, dan berjaya mengawal api kira-kira 10 minit kemudian.

“Kebakaran itu melibatkan kemusnahan sekitar 70 peratus struktur dan tidak melibatkan mangsa.

Ketua operasi tambahnya telah melaksanakan size-up serta mengaplikasikan konsep RECEO.

Pemadaman kebakaran dilakukan dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula air tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.

Operasi pemadaman kebakaran itu katanya, tamat sekitar pukul 4.14 petang.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close