Nasional

Budi Madani mampu selamatkan isu ketirisan wang rakyat – MPN WP

Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan (MPN WP) menyambut baik inisiatif kerajaan dalam melaksanakan Program Budi Madani sebagai usaha untuk menyelamatkan negara daripada isu ketirisan wang rakyat.

Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin menyatakan pelaksanaan ini sekaligus dapat membendung isu penyeludupan diesel ke luar negara yang hanya membazirkan peruntukan subsidi kerajaan kepada rakyat.

“Penyeludupan ini berlaku kerana sebahagian besar jumlah subsidi ini telah diterima secara pukal oleh pihak yang tidak sepatutnya.

“Bantuan ini juga dapat disalurkan kepada pengguna diesel yang layak, khususnya golongan inidividu berpendapatan rendah seperti petani dan pekebun kecil untuk memastikan kebajikan rakyat tetap dipelihara,” katanya dalam kenyataan.

Azman turut menekankan bahawa golongan rentan tidak akan terkesan dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi ini kerana mereka layak untuk menerima semua subsidi ini dalam bentuk wang tunai.

Selain itu, tidak wujud juga istilah penarikan semula subsidi melalui platform Budi Madani tersebut kerana ia dapat memastikan bantuan subsidi kepada golongan sasar dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

“KEADILAN Wilayah Persekutuan yakin bahawa langkah ini merupakan satu tekad politik yang berani oleh Kerajaan Perpaduan.

“Ia juga bakal membawa manfaat yang besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close