Hiburan

Fauziah Nawi sambung PhD, anggap ilmu pembekal masa hadapan

Pelakon Veteran, Datuk Fauziah Nawi menyatakan beliau tidak berputus asa dalam melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) meskipun sudah menerima ijazah sarjana dalam bidang lakonan dari Open University Malaysia (OUM) pada 2018.

Memetik laporan Berita Harian, pelakon berusia 71 tahun itu mengatakan sedang dalam proses menyiapkan kertas kerja dan proses itu mengambil masa yang agak lama berikutan tambahan kandungan yang harus dilakukannya ketika ini.

“Saya sedang buat kajian ilmiah, banyak perkara tambahan yang saya kena buat. Sebelum ini, profesor saya suruh siapkan sampai habis sebab takut berputus asa. Saya ada je rasa nak putus asa, namun kawan-kawan profesor banyak bertanya dan memberikan semangat kepada saya.

“Jujurnya, saya rasa nak menangis kerana sudah banyak kali membuat pindaan. Jadi, saya kena siapkan semua sebelum sambung PhD. Saya tidak boleh janji akan sambung dalam tahun ini atau tidak.

“Tetapi, saya belum putus asa. Pada masa sama, berfikir juga kenapa saya buat semua ini. Untuk apa? Tetapi tidak mengapa, buat sahajalah,” katanya ketika ditemui Berita Harian pada program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) dan pusat perubatan Amalmedik di Hotel Grand Barakah, baru-baru ini.

Fauziah menjelaskan dia memilih menyambung pengajian peringkat PhD bagi memperjuangkan isu bayaran terhadap penggiat industri kreatif yang sudah lama diperjuangkan.

Ujarnya lagi, selain memperjuangkan hak penggiat seni hiburan ianya juga merupakan pesan kepada bakat baharu untuk menitik beratkan pembelajaran dalam hidup ini kerana ia akan menjadi pembekal di masa hadapan sekiranya tidak mempunyai tawaran pekerjaan.

Terdahulu, Fauziah menjalani pemeriksaan kesihatan bersama rakan selebriti yang lain termasuk Datin Fadilah Mansor, Halimatussa’diah dan Mubarak Majid.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close