Negeri

Polis Sarawak umum penutupan jalan sempena perarakan Gawai Dayak pada Sabtu

Polis Kontinjen Sarawak mengumumkan penutupan beberapa jalan sempena perarakan Gawai Dayak yang akan diadakan pada Sabtu depan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Komisioner Datuk Mancha Ata menyatakan sebanyak sembilan jalan akan ditutup dan dilencongkan sekitar kawasan perarakan.

Perarakan tersebut akan bermula di hadapan bangunan Tun Jugah hingga melalui Jalan Abell, Jalan Tunku Abdul Rahman hingga tamat di Jalan Gambier.

“Jalan-jalan tersebut akan mulai ditutup pada Jumaat bermula pukul 2 petang hingga selesai raptai manakala pada Sabtu, penutupan jalan akan bermula pada pukul 6:30 pagi sehingga selesai program.

“Orang ramai turut diingatkan untuk tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan sepanjang laluan dan acara berlangsung. Pengunjung yang hadir disarankan untuk meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan awam yang disediakan,” katanya dalam kenyataan.

Mancha turut menyatakan seramai 42 pegawai kanan dan 385 pegawai rendah polis akan ditugaskan sepanjang program berlangsung untuk menjaga laluan trafik.

Dalam pada itu, perarakan tersebut akan disertai oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg.

Perarakan tersebut juga turut disertai oleh 108 kontinjen dari etnik Dayak bersama Pesuruhjaya Polis Sarawak dan orang kenamaan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close