Negeri

Wanita maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS

Seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori di Kilometer (KM) 224.7, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, Negeri Sembilan pada pukul 4.14 pagi hari Jumaat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hariezaq Mohd Zawawi melaporkan wanita yang maut tersebut merupakan seorang warganegara Indonesia.

“Wanita tersebut ditemui tersepit di bahagian pemandu kereta jenis Perodua Myvi dan berjaya dikeluarkan daripada kenderaan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat.

“Namun, wanita tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Hariezaq turut melaporkan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tersebut melibatkan seramai 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau bersama jentera FR dan kenderaan RRV.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close