Sukan

Azeem Fahmi tepati ramalan, rangkul pingat emas Kejohanan Terbuka Cahya Mata Malaysia 2024

Pelumba negara, Muhammad Azeem Fahmi berjaya merangkul pingat emas dalam acara 100 meter lelaki di Kejohanan Terbuka Cahya Mata Malaysia 2024 yang berlangsung pada Sabtu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur itu menyaksikan pelumba kelahiran Perak itu mencatat masa 10.43 saat dan diekori pelumba dari ATM Jonathan Nyepa dengan catatan masa 10.54saat dan tempat ketiga diduduki oleh Muhammad Efrain Feerzan Khan dengan 10.61 saat.

Walaubagaimanapun memetik laporan dari malaymail, pemegang pingat emas Sukan Sekolah ASEAN 2019 itu tidak berpuas hati dengan catatan yang direkodkan meskipun menjuarai perlumbaan terbabit.

“Saya mengakui bahawa saya tidak dapat merekodkan masa yang terbaik sejak Sukan Asia tahun lalu, tapi objektif pertama saya adalah untuk menikmati pertandingan tanpa sebarang tekanan yang diberikan kepada diri saya dan sebaliknya saya nak menggembirakan peminat.

“Terdapat beberapa faktor yang menghalang, mungkin berpunca dari angin dan saya juga belum pulih sepenuhnya selepas perjalanan yang sangat jauh dari Amerika Syarikat,” katanya ketika ditemu bual media selepas perlumbaan.

Musim terbaik buat Muhammad Azeem tahun ini ialah catatan rekod masa 10.24 sat yang telah ditetapkannya semasa Kejohanan Olahraga Jemputan LSU di Los Angeles pada 27 April lalu.

Azeem dipercayai akan menyertai dua lagi kejohanan iaitu Terbuka Kazakhstan pada 23 hingga 24 jun dan Sukan Universiti ASEAN di Indonesia yang dijadualkan berlangsung pada 2 Julai hingga 5 Julai ini.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close