Pemain perseorangan professional negara, Lee Zii Jia muncul juara terbuka Australia 2024 selepas menewaskan wakil dari Jepun Kodai Naraoka dalam aksi final, pada Ahad.
Pada aksi yang berlangsung di Quaycentre di Sydney Olumpia Park itu menyaksikan Lee Zii Jia berjaya memenangi set pertama selepas menundukkan jaguh dari Jepun itu, 19-21.
Set kedua kesilapan demi kesilapan dilakukan Zii Jia yang membolehkan Kodai mengintai ruang yang ada sekaligus membawa perlawanan ke set penentuan selepas menang 21-11 ke atasnya.
Set penentuan, Zii Jia pada mulanya mendahului 17-12 sebelum terpaksa bergelut apabila Kodai mengejar dengan mengikat kedudukan 18-18, walaubagaimanapun tekanan yang diberikan tidak mampu menghentikan kemaraan Zii Jia yang menoktahkan kemenangan selepas 78 minit bertarung di atas gelanggang.

Kemenangan tersebut merupakan gelaran kedua buat Zii Jia pada tahun ini , selepas berjaya merangkul Juara Terbuka Thailand pada Mei lalu.
Manakala, satu lagi wakil negara dalam gandingan regu wanita, Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien yang berhasrat untuk meraih gelaran pertama tidak kesampaian apabila dikecewakan pasangan dari indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi, dalam aksi rubber set 21-17,7-21, 13-21.
Gandingan negara itu selaku naib juara kejohanan membawa pulang RM75,022. Manakala, Zii Jia membawa pulang hadiah berjumlah RM148,069 selepas merangkul juara kejohanan tersebut.
Baca juga: