Nasional

PM dan isteri ziarah keluarga Fadhlina Sidek

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa lebih sejam bagi menziarahi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang kehilangan ibunya, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, yang meninggal dunia pada Ahad.

Anwar tiba di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada, Bangi pada pukul 12.55 tengah hari, ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau kemudian menyertai kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah yang diimamkan anak kelima Allahyarhamah iaitu Hazim Faizi Siddiq.

Turut hadir menunaikan solat jenazah ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina mengesahkan bahawa Siti Zalikhah, 75, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 9.30 pagi tadi.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close