Nasional

Anwar tunai solat Aidil Adha bersama warga Putrajaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan keberkatan Aidiladha dengan menunaikan solat sunat hari raya bersama kira-kira 20,000 jemaah di Masjid Putra, Putrajaya pada Isnin.

Anwar yang lengkap berbaju Melayu berwarna biru muda tiba di Masjid Putra kira-kira pukul 7.50 pagi sebelum disambut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Ketibaan Anwar turut diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir bagi sama-sama menunaikan solat sunat tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Pada masa sama, Anwar turut meluangkan masa seketika memimpin bacaan takbir bersama ribuan jemaah yang hadir termasuk warga asing sebelum menunaikan solat Aidiladha pada pukul 8.23 pagi.

Solat sunat Aidiladha itu dipimpin Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali sebelum menyampaikan khutbah bertajuk ‘Aidiladha dan Kepedulian Sosial Kita’.

Sebelum beredar, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close