Nasional

Ibadah korban zahir rasa syukur kepada Allah

Hari Raya Aidil Adha merupakan satu perayaan terbesar selepas Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh rata-rata masyarakat muslim di Malaysia, pada 10 Zulhijjah mengikut kalendar Islam.

Namun, kemeriahan kedua-dua perayaan tampak berbeza dari cara sambutan dan maksud yang dibawakan juga turut berlainan.

Rosnah Baharum,62, yang juga merupakan seorang bekas guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), menyatakan kedua-dua perayaan itu mempunyai keindahan yang tersendiri.

“Kedua-dua perayaan bagi saya amat bermakna apatah lagi sekiranya kita memahami dan mendalami kedua-dua peristiwa dan sejarah disebalik perayaan tersebut.

“Hari Raya Aidilfitri semestinya lebih meriah kerana selepas berpuasa kita dapat merasai kepuasan dengan menyambut kemenangan bersama keluarga dan sanak-saudara.

“Dari segi persediaan juga, raya puasa memberikan kita lebih keterujaan dengan persiapan juadah raya yang lebih awal selain dapat berkumpul menyediakannya bersama anak-anak dan cucu di rumah.

“Namun, bagi saya, raya haji mempunyai keindahnnya yang tersendiri dimana keutamaan saya tertumpu kepada ibadah korban yang menandakan kita bersyukur ke atas nikmat yang dikurniakan Allah SWT selain memperagakan busana cantik ketika hari perayaan.

“Meskipun dari segi persiapan sudah tentu ianya kurang meriah berbanding Raya Aidilfitri, tetapi ibadah mengagihkan daging korban kepada orang yang memerlukan adalah satu kepuasan buat diri saya.

“Sudah tentu, membantu orang yang dalam kesusahan bukan sahaja terletak pada hari raya haji, tetapi maksud di sebalik raya haji memberikan banyak makna kepada saya,” jelasnya ketika ditemu bual Malaysia Bangkit di kediamannya.

Jelasnya lagi,sambutan raya haji turut memberikan keinsafan buat dirinya dalam terus memperingati orang-orang yang tidak bernasib baik selain daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim kepada anaknya Nabi Ismail.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close