Pihak polis telah menahan tujuh orang pendatang izin tanpa izin (PATI) yang sedang berkumpul dalam keadaan mencurigakan di Teluk Gadong, Selangor pada Ahad.
Menerusi kenyataan Polis Daerah Kuala Langat, hasil pemeriksaan mendapati dua orang lelaki warga asing dan lima wanita warga asing yang gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kesemua PATI mengaku ingin keluar dari Malaysia menerusi jalan yang tidak diwartakan (Jalan Laut).
“Sepasukan pegawai dan anggota polis telah bertindak menangkap kesemua suspek dibawah Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63.
“Kesemua suspek yang ditangkap berumur lingkungan dari 29 tahun hingga 51 tahun dan mereka telah direman selama 14 hari di lokap Balai Polis Banting, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-keduanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan.
Baca juga: