Nasional

Anwar santuni rakyat sempena Majlis Kenduri Korban MADANI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Kenduri Korban MADANI di Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Selasa.

Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba kira-kira pukul 8.50 pagi dan disambut pengurusan masjid serta komuniti di sana.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam hantaran di Facebook berkata, beliau sempat bertegur sapa bersama ahli kariah masjid dan masyarakat di sana yang melakukan ibadah korban sambil menyampaikan beberapa pesan seadanya.

“Antara yang saya singgung dan jelaskan adalah berkaitan penyasaran subsidi diesel yang kini semakin jelas difahami.

“Keputusan yang diambil ini penting untuk negara bagi menyelamatkan dana yang bocor dan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau kemudian menizarahi kubur ahli keluarganya sebelum bergerak ke program seterusnya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close