Negeri

Seorang cedera parah, kereta rempuh tiang elektrik di Sarawak

Satu kemalangan telah berlaku melibatkan seorang mangsa cedera parah manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta yang dipandu terbabas lalu merempuh tiang elektrik di Kampung Kubang Jaya, Sarawak pada Isnin.

Menurut Komander Operasi Mohd Syukri Hamsah, kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan berusia 17 hingga 24 tahun.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di tempat kejadian.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.53 petang kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak kami mendapati seorang mangsa tersepit di celahan kereta berjaya dibawa keluar dan terus diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di tempat kejadian, operasi kemudiannya ditamatkan pada pukul 5.52 petang.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close