GlobalNasional

Matawang Malaysia meningkat lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat

Ringgit dilaporkan meningkat lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat pada awal pagi Selasa, berikutan pelabur bertindak lebih berhati-hati sementara menunggu data ekonomi dan prospek ekonomi global yang baharu.

Setakat 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.7100/7140 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 4.7190/7225 berbanding penutupan pada Jumaat lalu.

Pasaran ditutup pada Isnin bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut laporan Bernama, Pedagang ActivTrades, Anderson Alves mengambil maklum bahawa peserta pasaran akan memberikan tumpuan kepada ucapan yang diberikan Federal Reserve AS dan laporan jualan runcit AS yang akan dikeluarkan pada hari ini.

“Selain itu, Reserve Bank of Australia dijangka mengekalkan kadar tunai rasmi pada 4.35 peratus untuk kali kelima berturut-turut.

“Sementara itu, China juga akan melaporkan data pengeluaran perindustrian mereka, termasuk jualan runcit, pelaburan aset tetap dan data pekerjaan, yang mungkin menimbulkan pelbagai reaksi, ” katanya.

Mata wang ringgit kerap diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dalam dagangan awal.

Unit tempatan turut dilaporkan meningkat berbanding yen Jepun yang memperoleh 2.9871/9898 daripada 3.0046/0072 berdasarkan penutupan pada Jumaat lalu dan meningkat berbanding pound British kepada 5.9864/9915 daripada 5.9955/9999, tetapi lebih lemah apabila dibandingkan bersama matawang euro kepada 5.05467/0015. 0455 sebelum ini.

Dalam masa yang sama, ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding negara-negara Asia Tenggara apabila dilaporkan lebih kukuh daripada matawang jiran tetangga, Indonesia dimana nilai rupiah setakat ini hanya 287.0/287.2 berbanding Jumaat lalu.

Mata wang tempatan itu juga terbukti lebih kukuh berbanding peso Filipina, 8.02/8.04 daripada 8.04/8.05 sebelum ini.Ia juga menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan dolar Singapura, 3.4842/4875 daripada 3.4857/4886 pada Jumaat lalu.

Peningkatan ketara turut terbukti apabila peningkatan sebanyak 12.7986/8136 berbanding dengan baht Thailand kepada 12.7986/8136 sebelum ini.

Baca juga:


Related Articles

Check Also
Close