Buat julung kalinya, Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Sahsiah (SAHSIAH) akan menganjurkan sebuah Karnival Gen-AI di Pulau Pinang pada 21 dan 22 Jun 2024.
Karnival tersebut adalah kerjasama SAHSIAH, Persatuan Kebajikan Muafakat Bersaudara, Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Harmoni Bukit Mertajam dan Pertubuhan Pengerak Nadi Muda Pulau Pinang (PPNM).
Penganjur bersama Karnival Gen-AI, Muhammad Fadzli Roslan berkata, karnival tersebut terbuka kepada orang ramai khususnya anak muda di sekitar Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.
”Para pengunjung karnival akan disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan Muaythai Kuda Merah, Karnival Kerjaya, Pameran Agensi dan pertandingan e-sports.
”Malah para pengunjung juga dapat menyaksikan persembahan selebriti terkemuka tanah air seperti kumpulan Khalifah, Senario, Floor 88 dan Sufian Suhaimi,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Selain itu, Karnival Gen-AI tersebut juga akan diserikan lagi dengan vendor lokal utara iaitu Jalan Pasola dan gerai-gerai menarik untuk dikunjungi.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana karnival dan menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan. Jumpa disana!
Baca juga: