Peminat tempatan akui kecewa dengan keputusan Penyanyi Terkemuka tanah air, Siti Nurhaliza yang menyertai Konsert ‘Hitman Returns, David Foster & Friends’ di Jakarta pada 15 jun lalu.
Keputusan itu dibuat susulan bagi menggantikan Penyanyi Antarabangsa, Jessie J yang tidak dapat menyertai konsert terbabit di saat akhir.
Namun, penyertaannya itu menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi peminat tempatan yang mendakwa penyanyi terkenal dengan lagu Bukan Cinta Biasa itu menyokong Israel atas pembabitan beliau di Konsert berkenaan.
Perkara itu timbul susulan barisan penyanyi-penyanyi di Konsert tersebut terdiri daripada selebriti-selebriti yang dikenali dengan pendirian teguh menyokong Israel terutama pengendali konsert tersebut yang juga penerbit dan penyanyi terkenal, David Foster.
Rata-rata masyarakat tempatan meluahkan rasa kurang senang dengan keputusan yang dilakukan sekaligus memulakan gerakan kempen dengan memboikot Siti yang dianggap tidak sensitif atas isu yang melanda dunia ketika ini.
Sebelum ini, David tular di laman media sosial sebagai seorang pempengaruh yang membantu Israel dengan menderma dana untuk persediaan senjata yang dipercayai bagi peperangan Israel menentang Palestin di Gaza.
Setakat ini, Siti masih mengunci mulut dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun penjelasan berkenaan isu berkenaan.
Baca juga: