Uncategorized

Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan dipercayai suspek samun di Selangor dan Johor

Sepasukan pihak polis dari bahagian siasatan jenayah IPD Kluang berjaya memberkas dua lelaki tempatan dipercayai suspek dalam kes samun yang berlaku pada 5 jun lalu, ketika melakukan dua serbuan di Selangor dan Johor pada 13 hingga 14 Jun 2024.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh menyatakan serbuan yang dilakukan di Ampang Rahmat,Sri Lalang, Kluang, Johor dan Kawasan Jalan Dagang Mas 2, Taman Mas, Puchong , Selangor itu berjaya menahan dua individu berusia 26 hingga 32 tahun di lokasi yang berasingan.

“Semakan rekod mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan bersabit kes jenayah,manakala suspek kedua mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes narkotik.

“Saringan kes air kencing mendapati suspek pertama negatif, manakala suspek kedua didapati positif metamphetamine.

“Hasil serbuan berkenaan turut mendapati , pihak polis berjaya membuat rampasan tiga helai resit jual pajak gadai disyaki berkaitan kes ini,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, dan jika disabit bersalah suspek akan dihukum penjara selama tempoh boleh 14 tahun dan sebatan.

Setakat ini, suspek pertama direman selama lima hari bermula 14 Jun 2024, Manakala suspek kedua direman selama tujuh hari bermula 15 Jun 2024.

Pihak polis turut menggesa orang ramai untuk memberikan bantuan dengan membuat laporan sekiranya mendapat sebarang maklumat berkenaan insiden terbabit dengan menghubungi IPD Kluang atau mana-mana balai polis berhampiran.


Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close