Negeri

Polis giat kesan dua suspek samun rantai emas di Miri

Seorang lelaki tempatan telah disamun rantai emasnya oleh dua orang lelaki di kawasan bandar Miri, Sarawak pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis Alexson Naga Chabu, salah seorang daripada dua suspek lelaki berkenaan memegang sebilah pisau telah merampas seutas rantai emas dari leher mangsa.

“Dua suspek telah melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Honda Jazz berwarna kelabu.

“Setakat ini, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian, boleh tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat menghargai keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran di daerah Miri,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close