Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Saratok, Roban, Sarawak pada Selasa.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba sarawak, pihak mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pada pukul 7.22 pagi yang melibatkan sebuah pacuan empat roda berjenis Toyota Hilux.
“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan tersebut.
“Seramai tujuh anggota kemudiannya tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil dipandu mangsa, Mathew Solis anak George Tangkun, 72, dan sebuah Toyota Hilux.
“Pertembungan dua kenderaan itu menyebabkan, lelaki berkenaan maut di tempat kejadian, manakala lagi seorang pemandu dan seorang penumpang Toyota Hilux itu dilaporkan selamat,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Tambahnya lagi, mayat mangsa tersebut diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Operasi dilaporkan tamat pada pukul 8.21 pagi, 6 Jun 2024.
Baca juga: