Negeri

Bayi masih bertali pusat ditinggalkan di Masjid Kampung Lubuk Kulit

Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan masih bertali pusat yang ditinggalkan di dalam ruangan solat wanita di Masjid Lubuk Kulit, Kuala Lipis, pahang pada Selasa.

Anggota Balai Polis Padang Tengku dimaklumkan oleh seorang penduduk kampung tersebut berkenaan penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan ditinggalkan di kawasan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man, keadaan bayi tersebut ketika dijumpai dalam keadaan baik, sempurna dan masih bertali pusat.

“Bayi tersebut kini berada di Hospital Kuala Lipis untuk siasatan dan rawatan lanjut.

“Manakala, ibu dan bapa bayi tersebut masih dikesan oleh pihak polis bagi mengetahui punca bayi tersebut ditinggalkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kes masih dalam siasatan lanjut pihak polis dan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang kanak-kanak.

Justeru itu, pihak polis memohon sekiranya mana-mana individu mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut serta boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Lipis di talian 09-3121999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close