Lelaki maut, kereta dipandu langgar tiang jejantas di Kota Kinabalu

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunta melanggar tiang jejantas di Jalan Tunku Abdul Rahman, Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 1 pagi hari Rabu.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Riki Mohan Singh Ramday melaporkan mangsa merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun.

“Mangsa didapati tersepit di bahagian pemandu kereta jenis Toyota Crown Athlete yang terbabas sendiri lalu melanggar tiang jejantas tersebut.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa namun mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan.

Riki Mohan turut menyatakan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tersebut melibatkan beberapa orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Welson Juanis.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat